Subscribe:

Ads 468x60px

AHLAN WAHSAHLAN, TERIMA KASIH KERANA MENGUJUNGI BLOG INI.DAPATKAN TIPS BERKAITAN BIMBINGAN DI SINI.

Featured Posts



Thursday 1 December 2011

Program Cuti Sekolah :)


Mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Anda sedang memerhatikan sebuah program yang lain daripada Kem Motivasi biasa! Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak & remaja yang lebih hebat! Biarkan mereka mengalami transformasi diri dan kemahiran yang bermanfaat!


PERSOALAN UNTUK ANDA!
  • Anak anda selesa berbahasa Inggeris? Atau sekadar tahu menulisnya? Apa kata kita jadikan dia seorang yang selesa menulis, membaca, bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian?
  • Anak anda gentar berbicara di hadapan khalayak ramai? Ingin mengubah kelemahan ini? Apa kata kita jadikan dia seorang yang yakin dan hebat berbicara serta mampu berpidato?!
  • Anak anda lemah dalam akademik? Sukar memahami kenapa anak tidak mampu cemerlang di sekolah? Apa kata kita seimbangkan otak kanan dan kirinya serta jadikan dia seorang pelajar yang cemerlang?!

BANDAR BARU BANGI

Tarikh Program : 5 Disember – 9 Disember 2011 (Isnin – Jumaat)
(Atas Permintaan Ramai)
Tempat : Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy
No.10A-12A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
 Waktu : 9pg – 430ptgBilangan Pelajar : Maksimum 60 orang
Yuran Pendaftaran : RM50 (PERCUMA!)
Yuran Penyertaan :  RM370 (seorang), RM350 (berkumpulan)

BANDAR TUN HUSSEIN ONN

Tarikh Program : 5 Disember – 9 Disember 2011 (Isnin – Jumaat)
Tempat : Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy
No.1, Tingkat 2, Jalan Suarasa 8/3,
43200, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor
Waktu : 9pg – 430ptg
Bilangan Pelajar : Maksimum 60 orang
Yuran Pendaftaran : RM50 (PERCUMA!)
Yuran Penyertaan : RM370 (seorang), RM350 (berkumpulan)

HUBUNGI KAMI UNTUK PENDAFTARAN
SEKARANG!!!

03-89261297

013-2719170

atau daftar secara online

ampaceregistergif-copy

Friday 14 October 2011

ILMU ILMU ILMU


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Riwayat al-Bazzar)

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.
Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :

Wednesday 12 October 2011

LANGKAH TANGANI STRESS

DEFINISI STRESS
Stress secara mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu.


KEPENTINGAN MENANGANI STRESS
Stress perlu diatasi kerana ia melibatkan kesihatan mental individu terlibat


Langkah #1 – Fahami Punca Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.

EXAMINATION

      

Baru-baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia telah selesai menjalani Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seminggu sebelum PMR berakhir, Tingkatan 4 dan 6 rendah telah pun mula menjalani Peperiksaan Akhir Tahun 2011.

Pelajar sering beranggapan bahawa peperiksaan sesuatu yang membebankan. Tetapi sebenarnya peperiksaan amat membantu mereka untuk mendapatkan ilmu dengan lebih berkesan. Jadi para pelajar seharusnya belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik.
Doakan kejayaan kami pelajar SMKASL berjaya di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal alamin ~

MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
            Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
            Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.