Subscribe:

Ads 468x60px

AHLAN WAHSAHLAN, TERIMA KASIH KERANA MENGUJUNGI BLOG INI.DAPATKAN TIPS BERKAITAN BIMBINGAN DI SINI.


Wednesday 12 October 2011

PENCEGAHAN BULI DI SEKOLAH !

Budaya buli merupakan isu lapok yang menjadi barah di sesetengah sekolah di negara ini. Sudah berabad budaya samseng dan buli di sekolah atau asramamenjadi duri dalam daging dan api dalam sekam. Jika tidak di selesaikan pada kadar yang segera dikhuatiri menular dan berkembang seterusnya melahirkan lebih ramai pembuli.

Penulis tidak menolak bahawa budaya samseng ini tidaklah kritikal berbanding gejala-gejala lain, tetapi itu bukan tiket untuk kita mengabaikan masalah ini. Walaupun masalah ini datang dan pergi bagaikan bermusim yang tak dapat untuk diduga, tetapi itu cuma kes-kes yang dilaporkan bagaimana pula dengan kes-kes buli yang tidak dilaporkan? Kejadian seperti membuli ini adalah perilaku yang sangat menyedihkan tambahan lagi kita bukan berada di zaman jahilliah yang boleh apa sahaja tanpa mengambil kira undang-undang yang terdapat di negara ini.


Tahukah anda, kejadian ini berlaku bukan hanya sahaja di kalangan Pelajar Lelaki? Pelajar perempuan juga tidak terkecuali terlibat menjadi kaki buli terutamannya mereka yang sudah menjadi pelajar senior. Beberapa tahun lepas kita digemparkan dengan pelajar perempuan menumbuk gurunya di sebuah sekolah utara tanah air sehingga guru itu patah hidungnya, bagaimana kejadian ini boleh berlaku?
Bagaimana mahu mengatasi masalah ini? sudah tentulah pihak sekolah dan murid-murid perlu bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini. 

Bagi mangsa yang kena buli perlulah bertindak tegas dengan melaporkan kepada pihak sekolah kerana masalah adik-adik tidak akan selesai sekirannya adik-adik hanya mendiamkan diri dan menyembunyikan. Jangan takut dengan mereka dan berilah kepercayaan sepenuhnya kepada guru adik untuk atasi masalah ini. Jika adik takut juga, mulakan langkah dengan berjumpa dengan Guru Bimbingan & Kauseling kerana rahsia adik selamat dengan guru kauseling  dan adik akan diberikan nasihat dan jalan penyelesaian untuk dipilih, kemudian barulah adik buat keputusan yang bijak

Kepada adik yang melihat rakan adik dibuli boleh membatunya dengan membuat laporan kepada guru bertugas atau guru displin di sekolah. Adik jangan bertindak sendiri dengan berhadapan kepada pembuli itu kerana dari segi fizikal mungkin adik tidak mampu melawan lebih-lebih lagi pembuli itu ada bersama 'geng'nya. Ingat adik semua, cegah budaya buli ini kerana adik-adik berhak mendapat menjalankan kehidupan yang aman tanpa gangguan orang lain.



No comments:

Post a Comment