Subscribe:

Ads 468x60px

AHLAN WAHSAHLAN, TERIMA KASIH KERANA MENGUJUNGI BLOG INI.DAPATKAN TIPS BERKAITAN BIMBINGAN DI SINI.


Wednesday, 12 October 2011

SUKAN MEMBINA AKAL YANG SIHAT

 



Menurut kamus dewan, bersukan bermaksud bergiat dalam sukan. Sukan penting memastikan badan kita sihat. Jikalau kita tidak bersukan, pastinya badan kita akan mudah dijangkiti penyakit. Sukan adalah penting dalam kehidupan kita.Namun ramai orang tetap mengabaikannya dan tidak melihatnya sebagai sebahagian dalam kehidupan kita.

Para pelajar masa kini lebih suka duduk di rumah menonton televisyen dan bermain permainan video. Mereka menganggap aktiviti itu lebih menyeronokkan berbanding bersukan. Terdapat juga pelajar-pelajar yang lebih mementingkan pelajaran berbanding bersukan tanpa menyedari bahawa mereka perlu menyeimbangkan kedua-duanya.

Apabila seseorang pelajar itu bersukan, mereka akan lebih mudah menerima pelajaran. Hal ini kerana apabila mereka bersukan, otak mereka akan mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Pelajar-pelajar ini boleh melakukan aktiviti bersukan dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang ada di sekolah seterusnya dapat menambahkan lagi pelbagai jenis pengetahuan mengenai sukan.

Selain itu, kehidupan masyarakat kini yang sibuk mencari rezeki juga telah menyebabkan ramai orang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan tabiat hidup yang tidak bersukan. Ada juga menganggap bahawa bersukan adalah satu aktiviti yang membuang masa.
Kesedaran rakyat negara ini dalam mengamalkan gaya hidup sihat begitu membimbangkan apabila daripada kira-kira 25 juta jumlah penduduk, tidak sampai 10 peratus yang aktif bersukan. Berbanding negara lain seperti di Barat, penduduk negara ini sedia maklum mengenai kepentingan bagi menjalani kehidupan lebih sihat tetapi mereka tidak melaksanakannya.

Sebenarnya, hal ini harus diberi perhatian oleh semua pihak,kerana masyarakat masa kini banyak yang mengamalkan tabiat hidup yang buruk seperti merokok, minum arak, makan makanan yang berkolesterol tinggi, serta makanan yang berlemak.Semua tabiat hidup di atas adalah buruk dan akan membahayakan kesihatan badan kita.

Oleh itu, ingin ditegaskan di sini bahawa bersukan adalah penting untuk memastikan kehidupan kita sihat. Sesibuk mana pun kita, bersukan tidak bolehlah diabaikan untuk kepentingan kesihatan kita. Janganlah apabila sudah dijangkiti penyakit barulah hendak bersukan, bak kata pepatah “sudah terhantuk baru terngadah”.

PENCEGAHAN BULI DI SEKOLAH !

Budaya buli merupakan isu lapok yang menjadi barah di sesetengah sekolah di negara ini. Sudah berabad budaya samseng dan buli di sekolah atau asramamenjadi duri dalam daging dan api dalam sekam. Jika tidak di selesaikan pada kadar yang segera dikhuatiri menular dan berkembang seterusnya melahirkan lebih ramai pembuli.

Penulis tidak menolak bahawa budaya samseng ini tidaklah kritikal berbanding gejala-gejala lain, tetapi itu bukan tiket untuk kita mengabaikan masalah ini. Walaupun masalah ini datang dan pergi bagaikan bermusim yang tak dapat untuk diduga, tetapi itu cuma kes-kes yang dilaporkan bagaimana pula dengan kes-kes buli yang tidak dilaporkan? Kejadian seperti membuli ini adalah perilaku yang sangat menyedihkan tambahan lagi kita bukan berada di zaman jahilliah yang boleh apa sahaja tanpa mengambil kira undang-undang yang terdapat di negara ini.


Tahukah anda, kejadian ini berlaku bukan hanya sahaja di kalangan Pelajar Lelaki? Pelajar perempuan juga tidak terkecuali terlibat menjadi kaki buli terutamannya mereka yang sudah menjadi pelajar senior. Beberapa tahun lepas kita digemparkan dengan pelajar perempuan menumbuk gurunya di sebuah sekolah utara tanah air sehingga guru itu patah hidungnya, bagaimana kejadian ini boleh berlaku?
Bagaimana mahu mengatasi masalah ini? sudah tentulah pihak sekolah dan murid-murid perlu bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini. 

Bagi mangsa yang kena buli perlulah bertindak tegas dengan melaporkan kepada pihak sekolah kerana masalah adik-adik tidak akan selesai sekirannya adik-adik hanya mendiamkan diri dan menyembunyikan. Jangan takut dengan mereka dan berilah kepercayaan sepenuhnya kepada guru adik untuk atasi masalah ini. Jika adik takut juga, mulakan langkah dengan berjumpa dengan Guru Bimbingan & Kauseling kerana rahsia adik selamat dengan guru kauseling  dan adik akan diberikan nasihat dan jalan penyelesaian untuk dipilih, kemudian barulah adik buat keputusan yang bijak

Kepada adik yang melihat rakan adik dibuli boleh membatunya dengan membuat laporan kepada guru bertugas atau guru displin di sekolah. Adik jangan bertindak sendiri dengan berhadapan kepada pembuli itu kerana dari segi fizikal mungkin adik tidak mampu melawan lebih-lebih lagi pembuli itu ada bersama 'geng'nya. Ingat adik semua, cegah budaya buli ini kerana adik-adik berhak mendapat menjalankan kehidupan yang aman tanpa gangguan orang lain.



SELAMAT DATANG !

ASSALAMUALAIKUM ! 

Seperti mana tittle blog ini, semestinya post ini berkisarkan unit bimbingan dan kaunseling SMKASL. Selepas selesai menjalani PMR, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merangka pelbagai aktiviti untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 supaya mereka tidak membuang masa.